Monday

Untuk Wanita Dari Wanita

Petua Memilih Tudung Mengikut Bentuk Muka

Bentuk Muka Oval – Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval.Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.
Bentuk Muka Petak – Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.
Bentuk Muka Panjang – Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan.
Bentuk Segitiga – Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Bentuk Muka Bulat - Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

Petua Fesyen Untuk Wanita Bertubuh Gempal dan Rendah

Kelebihan wanita yang berbadan besar dalam berpakaian adalah apabila mereka dapat bermain dengan warna gelap dan corak berjalur sesuai dengan rekaan, gaya, pekerjaan dan juga personaliti pemakai. Terdapat tanggapan lama yang menyatakan bahawa pakaian berwarna gelap hanya sesuai dipakai ketika berkabung atau memberi ekspresi murung, sedih dan ganas tidak boleh lagi diguna pakai. Tetapi, sekarang masyarakat sudah mula bersikap terbuka dalam menentukan pilihan warna pakaian. Malah, mereka juga menitik beratkan soal rekaan dan stail pakaian untuk tampak berbeza serta menonjol.
1. Rekaan jaket berpotongan paras pinggul dengan corak fabrik jalur menegak mampu memberikan kelangsingan dan memberi impak tinggi pada mereka yang berbadan besar dengan ketinggian sederhana.
2. Saiz lepel (kolar) jaket sederhana besar dan potongan lengan padanan rata boleh membantu mengelakkan tubuh kelihatan bertambah besar. ‘Princess line’ pula dibuat supaya dapat memberikan bentuk pada tubuh terutama bagi mereka yang mempunyai masalah bentuk badan lurus. Potongan ‘cuff’ pada bahagian hujung lengan yang bersaiz lebar dan tirus boleh memberikan kelainan.
3. Fabrik corak berjalur bersaiz sederhana tebal sangat sesuai digunakan untuk membuat jaket berpotongan dan boleh dipakai secara formal mahupun kasual. Gabungan warna seperti hitam dan kelabu pada jaket masih boleh memberi impak menjadikan kulit kelihatan cerah dan segar. Untuk tampak lebih yakin, sapuan solekan bersesuaian mampu menaik seri wajah.
4. ‘Tube’ yang dipakai bersama jaket dan padanan kain separa kembang dari warna hitam polos dapat menampilkan gaya elegan. Fabrik yang disarankan adalah dari jenis elastik atau ‘bias-cut’ kerana ia boleh memberikan keselesaan sekali gus mencipta bentuk pada tubuh.
5. Pemilihan barang kemas tidak perlu terlalu sarat. Jika ingin tampil bergaya dan anggun, tambah aksesori pelengkap seperti tali pinggang dan kasut pilihan warna sedondon.

Petua Pemilihan Tudung Wanita



Pemakaian tudung sudah menjadi satu kelaziman di kalangan wanita Islam di negara ini dalam memenuhi tuntutan menutup aurat sebagaimana yang telah disyariatkan. Tanpa meminggirkan niat asal tersebut dan seiring dengan perkembangan semasa, tudung menjadi sebahagian elemen fesyen yang sedikit sebanyak berperanan meningkatkan penampilan diri wanita muslimah. Pemakaian tudung dan selendang di kalangan wanita masa kini semakin hari semakin kreatif lebih-lebih lagi dengan rekaan-rekaan yang menarik dan bervariasi. Bukan saja di kalangan remaja bersekolah, pemakaian tudung jelas bertambah meluas di kalangan suri rumah, golongan profesional, selebriti, tokoh pemimpin, sehinggalah kepada kerabat diraja.
Tudung boleh dibahagikan kepada kategori berikut:
1. Anak tudung
2, Tudung empat segi
3. Selendang
4. Tudung sarung
5. Serkup
6. Topi
7. Turban.
v Tudung empat segi yang dipakai oleh kebanyakan wanita Melayu pula dibuat daripada beberapa jenis kain seperti kain bawal, sifon dan polyana (campuran poliester dan kain kapas). Hanya beberapa jenis kain sahaja yang sesuai dan cantik untuk membuat tudung seperti sutera, sifon dan bawal.
v Kain memeri (stretchtable) dan kain spandex menjadi pilihan pereka tudung untuk membuat tudung sarung kerana kain jenis itu berat dan terletak cantik di atas kepala apabila memakainya.
v Turban juga sesuai dibuat daripada kain memeri, namun ia bergantung kepada rekaan turban itu sendiri. Selain kain memeri, turban turut sesuai dibuat daripada kain kapas di mana pemakainya tidak akan berasa terlalu panas.



Petua Memilih Tudung


1: Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa(bawal).
2: Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.
3: Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.
4: Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.
5: Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.
6: Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.
7: Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
8: Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.
9: Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
10: Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang. Elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.
11: Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.

No comments:

Post a Comment