Friday

Gangguan TM Internet Dari 25 – 31 Julai 2011

KUALA LUMPUR – Pengguna internet Telekom Malaysia (TM) perlu bersedia dengan kemungkinan perkhidmatan itu mengalami gangguan dari Isnin depan hingga 31 Julai.
Ini berikutan beberapa kerja peyelenggaraan yang akan dibuat pihak TM dalam tempoh berkenaan.
“Pada 25 hingga 31 Julai, TM bakal membuat kerja-kerja penyelengaraan yang melibatkan kabel bawah tanah SMW4 yang menyambungkan Malaysia ke Eropah.
“Pada tarikh tersebut berkemungkinan para pengguna akan mengalami pelayaran web yang sedikit lambat, termasuk masa ‘latency’ yang tinggi apabila mengakses laman-laman di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara.
“Selain daripada itu, pada 26 Julai, mereka bakal mengemaskini rangkaian IPCORE mereka, yang mana melibatkan perkhidmatan internet dan suara ke Hong Kong dan juga Tokyo, serta pada 30 Julai TM bakal mengemaskini rangkaian IPCORE ke Amerika Syarikat,” menurut blog http://www.info.darxniq.com.
Walaubagaimanapun, menurut TM, beberapa langkah akan diambil untuk membolehkan para pengguna melayari internet tanpa sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut.

Thursday

facebook dan virus dinasihatkan berhati-hati



Heboh mengenai virus di Facebook yang sedang giat melanda di laman sosial tersebut..
Tentu ramai yang tertanya-tanya, bagai mana bentuk mesej yang dihantar ke penerima virus di

facebook yang sedang giat melanda di laman sosial itu kini.
Mesej yang dihantar seakan-akan begini :
1) hi. how are you?
2) Wanna laugh?
3) It is you on the video? want to see?
4) Link virus tersebut akan diberi..
so? nak guna apa untuk remove virus tu?
Pastikan bukak guna “Notepad”.. Baru boleh bukak dan jumpa ayat tu…
Untuk Windows XP, Vista and Windows 7
C:\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts
Untuk Windows 2000
C:\WINNT\system32\drivers\etc\hosts
Untuk Windows 98/ME
C:\WINDOWS\hosts
STEP 1. mula mula buka My Computer

STEP 2. Copy perkataan nie
C:\Windows\System32\drivers\etc\
pastu pastekan dalam address bar di atas sekali tu dan tekan ENTER..seperti contoh di atas
lepas tu akan jadi macam ni
STEP 3. anda nampak kan file yang bernama “hosts” ?open file tu . Right click dan pilih

open with Notepad
bila dah open. Akan keluar file macam ini

bukak satu-satu files dan cari yang ada tulis :
“127.0.0.1 http://www.facebook.com”
atau yang berkaitan dengannya!
kalau tak menjadi , sila comment ^_^


Ataupun Ni Ada Satu Lagi Cara

Cara Buang Virus Chat Facebook

Page ini sengaja diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran para pengguna Facebook untuk lebih

berhati-hati terhadap virus Facebook atau lebih tepat lagi Facebook worm yang semakin

merebak sekarang ini. Ia bermula apabila anda klik pada link yang anda peroleh samada di

wall, chat, message atau event. Biasanya, ia berbunyi "hello, please click here to see who

view your profile". Apabila anda klik link tersebut, virus tersebut sudah memasuki akaun

Facebook anda. Virus tersebut dibina diatas platform Application menggunakan kod-kod

tertentu.

Jadi, cara untuk membuangnya amat mudah sekali.

1) Log masuk kedalam akaun Facebook anda.
2) Klik pada menu Account > Privacy Settings.
3) Pada ruangan Apps and Website, klik pada link edit your setting.
4) Klik pada remove unwanted and spammy apps.
5) Kenalpasti apps yang digunakan untuk menghantar spam secara automatik. (apps paling atas

adalah yang terbaru)
6) Apabila sudah dikenalpasti, klik pada tanda X di sebelah apps tersebut.
7) Klik Remove.
8) Ulangi langkah 5 hingga 7 untuk remove apps yang lain.

InsyAllah, cara tersebut berkesan. Jika ada cara yang lebih berkesan, sila post di wall

page ini.
Sekian....

Bagi yang sudah terkena (Wakenabeb!), jangan risau, anda tidak perlu tutup akaun Facebook anda. Saya syorkan anda mengambil langkah-langkah berikut:

Pergi ke laman web www.facebook.com. Langkah ini tidak akan berkesan sekiranya anda menggunakan aplikasi di telefon bimbit atau laman web di telefon bimbit.
Tekan Akaun (Account) yang terletak di bucu atas kanan laman web tersebut.
Pilih Tetapan Privasi (Privacy Settings).
Di bawah halaman pada bahagian Aplikasi dan Laman Web (Apps and Websites), klik pada Edit Tetapan Anda (edit your settings).
Anda akan mendapati satu senarai yang menunjukkan aplikasi yang anda telah benarkan access ke profil dan akaun anda.
Anda boleh buang (remove) mana-mana aplikasi yang anda tidak biasa dan anda syak sebagai punca virus dengan tekan “X” pada kanan nama aplikasi tersebut.
**NOTA**Anda boleh menambah semula mana-mana aplikasi yang anda terbuang.


Aplikasi Facebook mempunyai pelbagai tahap kawalan terhadap profil anda, bergantung pada aplikasi itu sendiri. Jika anda mahu mengehadkan kawalan sesetengah aplikasi terhadap profil anda tanpa membuangnya, anda patut tekan Edit Settings dan tetapkan tahap private anda. Sebaiknya, anda periksa senarai aplikasi tersebut dengan kerap untuk memastikan keselamatan yang maksimum.

Monday

Mencari Jodoh ?

Memilih calon suami adalah suatu keputusan yang sangat kritikal dalam kehidupan seorang wanita. Ini kerana kebahagiaan berumahtangga seluruhnya bergantung kepada lelaki yang menjadi pilihannya. Sekalipun wanita ini ditakdirkan hidup merana kerana sesuatu sebab, namun jika mempunyai seorang suami yang setia dan penyayang, dia dapat menghadapi sebarang krisis dan tragedi. Sebaliknya, betapa pun hidupnya bertuah dibaluti kemewahan, suami yang tidak bertanggungjawab akan meruntuhkan seluruh kehidupannya.
Begitulah yang dialami ramai wanita. Saban hari kita boleh membaca kisah mereka di media massa – pasangan jutawan, pasangan miskin – mempunyai kisah tragedi masing-masing dalam mengharungi hidup berumahtangga. Permulaannya yang berbunga cinta dan kasih sayang, berakhir dengan kisah ngeri lagi memalukan. Semuanya bermula daripada keputusan yang dibuat untuk memilih lelaki itu sebagai teman hidup. Apakah perkara penting yang mesti dilakukan si gadis sebelum membuat keputusan tepat memilih kekasihnya itu sebagai bakal suami?
Pertama, dia mestilah berhadapan dengan kenyataan. Dalam zaman moden sekarang, saingan terlalu hebat ‘merebut’ lelaki idaman. Wanita zaman ini tidak boleh lagi menerima apa yang diberikan kepadanya atau menunggu kedatangan putera raja seperti cerita Cinderella. Gadis yang bersikap tunggu dan lihat ini akan ketinggalan dan hidupnya menjadi sukar dari awal lagi.
Dalam masyarakat hari ini, pertemuan jodoh biasanya berlaku secara tidak sengaja, maka mengharapkan satu pertemuan yang normal seperti yang diuruskan datuk nenek kita dahulu, tidak mustahil tetapi kini jarang berlaku. Dalam suasana seperti inilah anda perlu menggunakan segala kebijaksanaan untuk menilai lelaki yang bakal menjadi suami. Semua lelaki asing adalah orang yang tidak dikenali, dengan pujuk rayu mungkin akan memerangkap anda ke dalam kancah masalah yang tidak berkesudahan. Anda mungkin pernah mendengar kata-kata ini :
Saya sepatutnya sedar. Jika ikut naluri dan tidak berkata ‘Ya’ mungkin saya tidak jadi begini…
Apabila saya melihat permainan anak di tempat duduk belakang keretanya, saya sepatutnya sedar dia sudah mempunyai anak.
Apabila dia berhenti di bar untuk bertemu rakannya, sepatutnya saya sedar, dia kaki botol.
Apabila dia menceritakan teman sebiliknya balik ke kampung dalam perjalanan ke apartmentnya, sepatutnya saya sedar apa yang akan berlaku selepas itu.
Secara semulajadi, manusia dijadikan Allah s.w.t. dengan deria penyelamat yang membolehkan setiap orang secara spontan dan tepat menganalisis teman barunya dalam beberapa minit setelah bertemu. Setiap wanita juga mempunyai kebolehan yang sama seandainya dia melatih diri untuk membinanya. Dengan mudah dia dapat mengenali lelaki mana yang tidak boleh didampingi dan memilih lelaki terbaik daripada barisan lelaki yang baik.
Penilaian Personaliti
Setiap orang secara tidak disedari membongkar rahsia peribadinya dalam pelbagai bentuk. Setiap perkataan, tingkah laku, cara dia berpakaian, setiap tindak balas, dapat menceritakan ciri-ciri personaliti individu tersebut. Penilaian yang spontan dalam pertemuan pertama sudah boleh digunakan untuk membuat keputusan sama ada perhubungan itu boleh diteruskan atau berhenti setakat itu sahaja.
Ada 2 kategori yang menjadi petanda – 1.Hentikan 2. Berwaspada.
Tanda-tanda yang menunjukkan perhubungan itu perlu dihentikan adalah serius dan perlu diberi perhatian sekiranya anda tidak mahu menghadapi kesusahan apabila mendirikan rumahtangga nanti. Manakala tanda-tanda yang anda perlu berwaspada pula juga perlu diberi perhatian. Jika banyak tanda-tanda waspada ini, ia menunjukkan yang si gadis ini dalam keadaan berisiko tinggi.
Ada 3 ciri penting yang perlu diberi perhatian apabila anda bertemu lelaki:
Bentuk fizikalnya: rambut, mata, mulut
Pakaiannya: Seluar, baju, kasut
Imej tubuhnya: Perawakannya, gaya berdiri dan tangannya.
Katakan anda menghadiri satu jamuan hari terbuka dan anda terserempak dengan tetamu. Kacak, pendiam dan tersenyum simpul memandang anda. Dengan menggunakan teknik penilaian spontan, anda boleh membaca dirinya seperti anda membaca sebuah buku.
1. Rambut
Gaya rambutnya mestilah sesuai. Gaya rambut panjang atau pendek tidak kisah asalkan rambutnya sesuai. Ia mesti bersih kemas dan serasi dengan keseluruhan personalitinya.
Ciri-ciri dijauhi: Rambut diwarnakan, rambut dihitamkan di bawah usia 40-an dan rambut dikerintingkan.
Ciri Waspada: Kepala botak kerana rambut dicukur, gaya rambut yang keterlaluan
2. Mata
Ciri-ciri Dijauhi: Mata yang tidak boleh menentang mata anda menceritakan mengenai dirinya – Kamu mesti mendengar cakap saya.
Ciri Waspada: Bulu kening dicabut dan mata yang rabun tidak menggunakan cermin mata.
3. Mulut
Ia adalah ciri penting dalam membongkar rahsia dalaman.
Ciri-ciri Dijauhi: Senyuman yang tidak kena pada tempatnya atau tidak ada sebab untuk tersenyum, bercakap dari sudut bibirnya dan sudah tentulah dengan mulutnya yang herot.
Ciri Waspada: Gigi yang kotor, menggigit bibir, bernafas dengan mulut dan memainkan bibirnya.
Cara berpakaian juga boleh menggambarkan pelbagai ciri personaliti seorang lelaki. Ia sangat banyak dan untuk memudahkan pengenalan, dibahagikan kepada tiga bahagian.
1. Kasut
Ciri-ciri Dijauhi: Kasut yang sudah lusuh dan kemungkinan boleh digunakan oleh wanita.
Ciri Waspada: Kasut yang dikenakan dengan pakaian yang tidak sesuai misalnya kasut jogging dipadankan dengan kot dan kasut yang terlalu berfesyen.
2. Seluar
Ciri-ciri Dijauhi: Seluar yang terlalu ketat terutamanya di celah kelengkang dan seluar baggy. Begitu juga dengan seluar yang telah digunakan seharian di pantai perlu juga diberi perhatian.
Ciri Waspada: Seluar yang tidak dikenakan zip dengan kemas.
Penyesuaian Pakaian – Kesesuaian secara keseluruhan pakaian lelaki sangat penting diambil kira.
Ciri-ciri Dijauhi: Pakaian yang digunakan supaya kelihatan asing misalnya berpakaian T dalam majlis perkhawinan rasmi.
Ciri Waspada: Cara berpakaiannya adalah untuk menarik perhatian, tidak lebih daripada itu fesyen dan warnanya.
CARA BERJALAN – Cara lelaki berjalan dapat menceritakan bagaimana dia menjalani hidupnya.
Ciri-ciri Dijauhi: Gaya yang menyerupai lenggok wanita. Menghayunkan punggung dan bahu yang dinaik dan diturunkan, menandakan masalah besar sedang menunggu.
Ciri Waspada: Langkah keras.
CARA BERDIRI
Ciri-ciri Dijauhi: Tangan di pinggang dan sentiasa menyeluk kocek seluar serta sentiasa tunduk.
Ciri Waspada: Kedua-dua tangan di pinggang dan tidak berdiri tegak.
TANGAN
Ciri-ciri Dijauhi: Menggigit kuku, menggerakkan tangan, menggenggam dan membuka jari, menggosok-gosok tangan dan tangan yang nampak menggeletar.
Ciri Waspada: Tangan yang tidak tahu di mana hendak diletakkan, sekejap menyeluk saku, sekejap dikeluarkan dan kemudian menyeluk saku semula, begitu juga dengan tangan yang terkulai lemah dengan telapak tangannya menghadap ke belakang.
Ciri Lain: Tingkah laku pelik mengenai peribadinya yang sukar anda tentukan seperti sentiasa berpakaian hitam atau berkaca mata hitam, juga perlu diawasi.
Tingkah laku seseorang mencerminkan personaliti dalamannya. Gabungan ciri-ciri yang dinyatakan umpama nota muzik apabila digabungkan dapat melahirkan bunyian. Begitu juga ciri-ciri tadi, apabila dibaca keseluruhannya, dapat member gambaran yang jelas siapa lelaki yang anda baru kenali itu. Jika dalam pertemuan pertama anda rasa berkenan dengan tingkah lakunya, mungkin anda bersetuju untuk membuat pertemuan yang lebih peribadi, untuk mengenali teman baru ini dengan lebih mendalam. Kemungkinan anda bercadang menjadikan dia teman hidup anda.
Melalui kaedah ini, dalam 3 atau 4 kali pertemuan, anda sudah dapat meramalkan bentuk perkahwinan anda 30 tahun akan datang. Pertemuan ini sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk menilai peribadi teman baru ini. Selain senarai tersebut, sebagai mengukuh pilihan anda selidikilah sejauh mana kekuatannya pada agama sebagai langkah terakhir menoktah sebuah pilihan hidup.

Petua Untuk Melicinkan Kulit

  • Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  • Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  • Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  • Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  • Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  • Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
  • Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

Untuk Wanita Dari Wanita

Petua Memilih Tudung Mengikut Bentuk Muka

Bentuk Muka Oval – Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval.Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.
Bentuk Muka Petak – Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.
Bentuk Muka Panjang – Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan.
Bentuk Segitiga – Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Bentuk Muka Bulat - Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

Petua Fesyen Untuk Wanita Bertubuh Gempal dan Rendah

Kelebihan wanita yang berbadan besar dalam berpakaian adalah apabila mereka dapat bermain dengan warna gelap dan corak berjalur sesuai dengan rekaan, gaya, pekerjaan dan juga personaliti pemakai. Terdapat tanggapan lama yang menyatakan bahawa pakaian berwarna gelap hanya sesuai dipakai ketika berkabung atau memberi ekspresi murung, sedih dan ganas tidak boleh lagi diguna pakai. Tetapi, sekarang masyarakat sudah mula bersikap terbuka dalam menentukan pilihan warna pakaian. Malah, mereka juga menitik beratkan soal rekaan dan stail pakaian untuk tampak berbeza serta menonjol.
1. Rekaan jaket berpotongan paras pinggul dengan corak fabrik jalur menegak mampu memberikan kelangsingan dan memberi impak tinggi pada mereka yang berbadan besar dengan ketinggian sederhana.
2. Saiz lepel (kolar) jaket sederhana besar dan potongan lengan padanan rata boleh membantu mengelakkan tubuh kelihatan bertambah besar. ‘Princess line’ pula dibuat supaya dapat memberikan bentuk pada tubuh terutama bagi mereka yang mempunyai masalah bentuk badan lurus. Potongan ‘cuff’ pada bahagian hujung lengan yang bersaiz lebar dan tirus boleh memberikan kelainan.
3. Fabrik corak berjalur bersaiz sederhana tebal sangat sesuai digunakan untuk membuat jaket berpotongan dan boleh dipakai secara formal mahupun kasual. Gabungan warna seperti hitam dan kelabu pada jaket masih boleh memberi impak menjadikan kulit kelihatan cerah dan segar. Untuk tampak lebih yakin, sapuan solekan bersesuaian mampu menaik seri wajah.
4. ‘Tube’ yang dipakai bersama jaket dan padanan kain separa kembang dari warna hitam polos dapat menampilkan gaya elegan. Fabrik yang disarankan adalah dari jenis elastik atau ‘bias-cut’ kerana ia boleh memberikan keselesaan sekali gus mencipta bentuk pada tubuh.
5. Pemilihan barang kemas tidak perlu terlalu sarat. Jika ingin tampil bergaya dan anggun, tambah aksesori pelengkap seperti tali pinggang dan kasut pilihan warna sedondon.

Petua Pemilihan Tudung Wanita



Pemakaian tudung sudah menjadi satu kelaziman di kalangan wanita Islam di negara ini dalam memenuhi tuntutan menutup aurat sebagaimana yang telah disyariatkan. Tanpa meminggirkan niat asal tersebut dan seiring dengan perkembangan semasa, tudung menjadi sebahagian elemen fesyen yang sedikit sebanyak berperanan meningkatkan penampilan diri wanita muslimah. Pemakaian tudung dan selendang di kalangan wanita masa kini semakin hari semakin kreatif lebih-lebih lagi dengan rekaan-rekaan yang menarik dan bervariasi. Bukan saja di kalangan remaja bersekolah, pemakaian tudung jelas bertambah meluas di kalangan suri rumah, golongan profesional, selebriti, tokoh pemimpin, sehinggalah kepada kerabat diraja.
Tudung boleh dibahagikan kepada kategori berikut:
1. Anak tudung
2, Tudung empat segi
3. Selendang
4. Tudung sarung
5. Serkup
6. Topi
7. Turban.
v Tudung empat segi yang dipakai oleh kebanyakan wanita Melayu pula dibuat daripada beberapa jenis kain seperti kain bawal, sifon dan polyana (campuran poliester dan kain kapas). Hanya beberapa jenis kain sahaja yang sesuai dan cantik untuk membuat tudung seperti sutera, sifon dan bawal.
v Kain memeri (stretchtable) dan kain spandex menjadi pilihan pereka tudung untuk membuat tudung sarung kerana kain jenis itu berat dan terletak cantik di atas kepala apabila memakainya.
v Turban juga sesuai dibuat daripada kain memeri, namun ia bergantung kepada rekaan turban itu sendiri. Selain kain memeri, turban turut sesuai dibuat daripada kain kapas di mana pemakainya tidak akan berasa terlalu panas.



Petua Memilih Tudung


1: Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa(bawal).
2: Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.
3: Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.
4: Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.
5: Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.
6: Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.
7: Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
8: Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.
9: Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
10: Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang. Elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.
11: Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.

mencuri guna anak kantoi

mari nak tahu cara bagaimana dapatkan jantina laptop anda

Computer Gender !! Is Your Computer Male Or Female?? Guy or Girl #

To find out whether your computer is "male" or "female"..??

1. Open Notepad

2. Type the following line in notepad:

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"Stephen i love you like crazy because you are so cool , handsome and you really Rock"

Note: Add your own lines in the code above ,after the Word SPEAK.

.3. Save file as computer_gender.vbs
...
4. Run the file ...BY LEFT DOUBLE CLICKING YOUR MOUSE

If you hear a male voice, you have a boy.
If you hear a female voice, you have a girl.